rss
email
twitter
facebook

Pengenalan

Masyarakat di Tanah Melayu mengalami perubahan struktur dan organisasi setelah Tanah Melayu dijajah seluruhnya oleh Inggeris. Penjajahan Inggeris memperkenalkan bukan sahaja dasar-dasar baru dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan lain-lain, tetapi juga nilai-nilai baru yang terselindung di sebalik dasar-dasar tersebut. Kami yang berada di bawah jajahan kuasa barat, sama ada secara sedar atau tidak, turut mendokong nilai-nilai tersebut setelah menerima tak kira secara paksaan atau terpaksa) dasar-dasar penjajahan dalam bidang-bidang yang disebutkan di atas. Pertembungan elemen-elemen baru yang diperkenalkan oleh orang barat dengan amalan-amalan tradisi kita, banyak mewujudkan konflik dan kontradiksi. Ramai remaja Malaysia kini sangat terpengaruhi dengan budaya barat dan ini menjadi satu isu yang amat kita risaukan. Budaya barat seperti cara berpakaian, makanan dan minuman segera, hedonis, rokok, dadah dan sebagainya telah dibawa masuk kepada minda anak-anak Malaysia kini. Kini, kita akan bincangkan bagaimana budaya barat mempengaruhi anak-anak Malaysia ini.

Cara percakapan

196589
Pada masa kini, banyak bahasa barat telah campur kepada bahasa kita. Contohnya, "Malam ini kita pergi dinner.". Ini membuktikan betapa hebatnya pengaruh barat terhadap kita. Bahasa melayu kita yang kita sering gunakan sekarang sudah "bercampur" dengan bahasa dari barat menjadi satu cara percakapan yang baru.
Sebenarnya, ini bukan merupakan sesuatu yang buruk, kerana bahasa barat lebih biasa digunakan. Namun cara percakapan yang kasar turut dicampur ke dalam bahasa melayu kita. Terutamanya golongan remaja yang menganggap bahasa barat yang kasar itu sesuatu yang dapat membesarkan maruah diri sendiri dan mereka tidak tahu bahawa itu akan menjatuhkan maruah diri mereka.
Sebenarnya, kita perlulah menjaga imej bangsa kita melalui cara percakapan kita. Selain itu, ini jugalah untuk meneruskan tradisional kita dan supaya bahasa Melayu dapat terus digunakan oleh bangsa kita pada masa akan datang.

Hedonism

127984
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, budaya didefinisikan sebagai cara berfikir dan berkelakuan manakala hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Secara kontekstualnya pula, budaya hedonisme membawa maksud gaya hidup yang hanya mengejar keseronokan semata-mata. Budaya yang berasal dari negara Barat ini sebenarnya merupakan barah yang kini semakin mengancam jiwa remaja di Malaysia pada masa kini. Bukan begitu sahaja, ia mampu merapuhkan adat berbudi bahasa yang merupakan pegangan hidup masyarakat Malaysia pada suatu masa dahulu. Hedonisme sebagai istilah teknis yang menunjuk faham mementingkan kesenangan dan kemewahan fisik, berasal dari kata latin Hedoné yang berarti kesenangan. Di dalam sejarah filsafat Yunani kuno tokoh pertama yang dikenal mengajarkan aliran hedonisme adalah Democritus (400-370 SM), yang memandang kesenangan sebagai tujuan pokok di dalam kehidupan ini.
Budaya ini begitu cepat menular di kalangan remaja yang terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar besar. Dengan kemunculan pelbagai pusat hiburan dan kebebasan media yang tidak dikawal ketat, hedonisme merebak dengan pantas tanpa disedari mereka. Keadaan bertambah buruk apabila penyalahgunaan dadah begitu berleluasa. Ini termasuk penggunaan pil Eecstasy yang banyak digunakan oleh remaja kota. Selain itu, peningkatan kelahiran anak luar nikah dan kes pembuangan bayi adalah akibat gejala negatif di kalangan remaja yang terpengaruh dengan hedonisme.
Budaya Hedonisme dibawa masuk dari budaya barat dan seterusnya memudaratkan budaya masyarakat tempatan di Malaysia. Punca gejala ini timbul akibat kurang didikan agama. gejala negatif di kalangan belia terutama remaja Islam. Didikan agama yang dimaksudkan ialah pendidikan yang dapat membentuk ketahanan dalaman generasi muda untuk menangkis sebarang gejala negatif yang disogokkan kepada mereka.
Pendidikan Islam negara perlu dirombak semula bagi memastikan keberkesanannya dalam jiwa pelajar. Walaupun semua komponen pendidikan agama sudah dimasukkan dalam kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran tetapi pendekatannya kurang menarik minat mereka.

Fesyen barat

205329
Fesyen barat dikaitkan dengan meniru fesyen terutamanya dari segi pemakaian.Sebagai contoh, memakai pakaian yang terdedah atau tidak menutup aurat yang boleh menimbulkan pelbagai perspeksi dalam kalangan masyarakat. Fesyan barat sememangnya mempamerkan imej yang tidak senonoh dan seksi.
Salah satu punca seseorang meniru fesyen-fesyen barat ialah mereka mengamalkan gaya hidup moden.Gaya hidup moden biasanya diamalkan di bandar bagi sesetengah golongan masyarakat. Meraka lebih suka mengikut fesyen terkini seiring dengan arus pemodenan dan globalisasi. Bagi mereka pakaian tradisional dianggap lapuk di telan zaman.
Seterusya ialah seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat. Seseorang yang kurang mendapat didikan agama mudah terdorong kepada unsur-unsur negatif dengan meniru fesyen dari negara barat.
Pengaruh daripada media sama ada media cetak atau media elektronik. Dalam era modenisasi ini pelbagai jenis bentuk media mempengaruhi masyarakat dari segi pemakaian.Sebagai contoh, majalah hiburan dan internet yang memaparkan fesyen-fesyen barat yang kurang sesuai digayakan oleh masyarakat kita.

Seseorang yang meniru ciri-ciri pemakaian barat secara tidak langsung dipandang rendah oleh masyarakat. Hal demikian disebabkan oleh imejnya yang seksi, terdedah dan terlalu menjolok mata tidak dapat diterima oleh masyarakat. Golongan yang meniru budaya pemakaian barat dianggap tidak mempunyai identiti yang tulen dan asli.
Meruntuhkan institusi kekeluargaan. Hubungan dalam sesebuah keluarga menjadi renggang disebabkan ibu bapa kurang memainkan peranan dalam memberi didikan sehinggakan anak-anak mereka mudah terlibat dalam gejala sosial hasil pengaruh budaya barat.Kebayakkan ibu bapa hanya memberi keperluan dari segi material berbanding didikan dan asuhan yang sewajarnya kepada anak-anak mereka.
Terdorong kepada gejala yang tidak sihat seperti pelacuran, perzinaan dan sebagainya.Ia berlaku disebabkan penggemar fesyan barat tidak dapat mengawal dirinya dan akhirnya terjerumus ke dalam kancah negatif.Hal demikian jelas gejala ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat terutamanya remaja yamg sedang meningkat dewasa.

Makanan dan minuman barat

196645
Salah satu aspek yang dipengaruhi oleh budaya barat bagi masyarakat di negara kita ialah makanan dan minuman. Pengaruh makanan dan minuman barat semakin berleluasa di masyarakat kita sehingga ia menjadikan masyarakat seolah-olah lupa akan makanan dan minuman yang menjadi identiti keperibadian bangsa. Pengaruh makanan dan minuman barat telah menguasai minda masyarakat kita. Walaupun makanan dan minuman barat tidak bercanggah dengan agama, tetapi secara tidak langsung ia telah berjaya mengikis jatidiri belia remaja. Contohnya isu makanan, walaupun ia merupakan isu kecil, tetapi dominasi makanan segera telah menenggelamkan makanan tradisi masyarakat hari kini. Belia remaja kita lebih mengenal makanan dan minuman keluaran barat daripada masakan tradisi yang turun-temurun masyarakat dahulu. Kami boleh terdapat pelbagai jenama makanan di mana-mana bandar di Negara kita seperti Mc Donald, KFC, Pizza Hurt dan lain-lain manakala minuman seperti Pepsi, Coca-Cola, Seven-Up dan lain-lain. Belia remaja merasakan pengambilan makanan dan minuman segera merupakan satu lambang cara hidup yang moden. Sebenarnya ia akan menyebabkan masakan tradisi semakin pupus dan belia remaja kehilangan identiti keperibadian bangsa.
Belia remaja hari ini lebih mengenal makanan dan minuman keluaran barat kerana globalisasi telah membawa masuk budaya barat ke masyarakat Malaysia. Belia remaja boleh mendapati makanan dan minuman keluaran barat di restoran-restoran francais. Selain itu, kami boleh dapat iklan-iklan makanan dan minuman keluaran barat di mana-mana seperti televisyen, panggung wayang, tajaan pertandingan dan sebagainya. Sebagai contohnya, peniaga panggung wayang untuk menyedapkan penontonan, air coca-cola dan popcorn dijual di luar panggung. Sebelum bermulanya cerita, iklan Carlsberg dan Tiger Beer ditayangkan berkali-kali bersama mesej pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Iklan-iklan ini membawa semacam suatu perasaan kepada generasi muda bahwa sekiranya ingin maju dan berjaya, kita harus menjamah makanan dan minuman barat. Pelik dan mengejutkan namun ia adalah kenyataan. Jika dilihatkan bekas-bekas siswa yang pulang dari Amerika atau Eropah, semuanya membuka gerai burger, sekiranya tidak mendapat pekerjaan atau menganggur. Daripada membuka gerai pisang goreng atau gerai roti canai, kebanyakannya membuka gerai burger atau makanan western dan mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan masyarakat.
Pemasaran dan penyerapan budaya barat adalah secara senyap tetapi membunuh. Budaya barat berkembang dengan kadar yang perlahan sehingga untuk menerima perubahan memakan masa bertahun-tahun. Akhirnya tanpa disedari ia sudah mempengaruhi cara berfikir dan bertindak generasi muda. Oleh itu, diselesaikan dengan pelbagai langkah yang praktikal seperti menganalisa dan memperbaiki kelemahan identiti terdahulu dan memberi suatu pegangan identiti baru bagi masyarakat Malaysia.

Keleburan jati diri

196633
“…saya mahu setiap rakyat Malaysia mempunyai modal insan iaitu personaliti yang tinggi hemahnya, tinggi budinya, tinggi pengajiannya, tinggi kejayaannya dalam apa juga bidang yang diceburi, hatta menjadi seorang yang gemilang. Ini kerana, anak kunci kecemerlangan ialah disiplin dan jati diri seseorag individu. Ini akan mendorong kecemerlangan diri, keluarga, masyarakat dan negara,”. Begitulah tingginya harapan dan hasrat yang digagaskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melalui kata-kata dan ucapannya pada tahun 2005.
Namun, maklumat daripada majalah Siti, 2006, sebanyak 1.13 peratus remaja terlibat dengan kes buang bayi, 40 peratus menonton bahan lucah, 16 peratus berjudi, 70 peratus merokok, 14 peratus terlibat dalam penyalahgunaan dadah, 25 peratus mengambil minuman keras, dan 18 peratus melakukan seks bebas. Dapatan ini merupakan satu angka yang amat membimbangkan dan boleh meruntuhkan kecemerlangan negara Malaysia.
Keruntuhan akhlak yang menjadi ancaman rakyat Malaysia bermula dari diri individu itu sendiri. Mereka ini berjiwa kerdil, pasif, tidak menghargai diri, tidak berpendirian dan tidak berwawasan. Mereka juga tidak mempunyai identiti sendiri, mudah terpengaruh dan lebih mengagung-agungkan budaya kuning dari Barat. Sebahagian rakyat khasnya golongan remaja terlibat dengan fenomena keruntuhan akhlak yang amat menjijikkan dan boleh melemah dan meruntuhkan negara bangsa. Selain itu, mereka juga lemah minda, malas berfikir dan mengambil jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu atau sehingga ada yang menyelesaikan masalah dengan mengambil dadah dan yang paling kritikal sehingga membunuh diri. Mereka sepatutnya berasa bangga dengan adat ketimuran yang terkenal dengan budi bahasanya.
Maka, apakah yang menyebabkan masalah ini wujud? Memang tidak dapat dinafikan bahawa punca utama keleburan jati diri ini adalah pengaruh barat melalui media massa. Hal ini demikian kerana pihak yang berkenaan tidak menapiskan apa yang akan disiarkan atau dipaparkan melalui media massa. Ini adalah kerana ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Secara tidak langsung, ini akan dijadikan ikutan remaja kerana mereka mempunyai perasaan ingin mencuba dan mengikut apa sahaja yang dibuat oleh idol-idol mereka.
Keleburan jati diri atau keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan yang agak besar dalam masyarakat dan juga negara. Ini adalah kerana remaja merupakan aseat utama Negara pada masa hadapan dan mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Oleh itu, semua lapisan masyarakat haruslah berganding bahu untuk menangani masalah ini supaya kerancakan pembangunan negara tidak terbantut.


CHONG BAO XUE 196633

Masalah pergaulan bebas

205400
Sejak akhir-akhir ini masalah pergaulan bebas dalam kalangan remaja semakin merunsingkan.Hal ini demikian kerana kebanyakkan remaja masa kini dipengaruhi oleh budaya barat yang semakin menular di Negara kita .Situasi seperti ini terjadi disebabkan beberapa faktor serta mengakibatkan pelbagai impak negatif kepada generasi muda.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab masalah pergaulan bebas dalam kalangan anak muda di Negara kita.Salah satunya ialah terpengaruh daripada cerita Hollywood yang tidak sesuai ditonton oleh remaja bawah umur 18 tahun.Kebanyakkan cerita yang ditayangkan ini mamaparkan aksi-aksi yang kurang sopan antara lelaki dan perempuan ,seperti melakukan hubungan intim tanpa ikatan yang sah atau lebih tepat lagi dengan istilah melakukan maksiat.Keadaan seperti inilah yang menyebabkan remaja yang menonton tayangan ini akan terpengaruh dan ingin mencubanya dengan rakan yang berlainan jantina.
Selain itu,masalah pergaulan bebas ini sering menular kerana adanya pengaruh daripada anak-anak muda yang pernah menuntut di perantauan,mereka membawa pulang budaya barat dan mempraktikkannya apabila pulang ke tanah air.Mereka bergaul bebas tanpa mengira jantina,menyebabkan generasi muda yang melihatnya terpengaruh serta memberi impak negatif seperti menjerumuskan anak muda ini ke arah penzinaan dan seks bebas.Keadaan seperti inilah yang boleh menyebabkan berlaku kes pembuangan bayi serta masalah keruntuhan akhlak generasi muda hari ini.

Oleh itu ,pihak berkenaan haruslah memainkan peranan masing-masing,sebagai contoh ibu bapa haruslah sentiasa mengawasi anak-anak serta tidak mengongkong mereka agar anak-anak tidak mmberontak.Ibu bapaharuslah bersahabat dengan anak-anak serta menjadi pendengar yang setia kepada anak agar mereka tidak terasa disisihkan.Melalui kaedah ini juga ibu bapa akan dapat mendalami hati anak-anak dan mengetahui setiap masalah mereka seterusnya mampu mengelakkan anak-anak terjebak dengan masalah pergaulan bebas.
Pihak kerajaan dan media massa juga harus sedar akan peranan mereka dalam mengatasi masalah ini.Pihak berkenaan haruslah peka dengan penayangan setiap drama atau filem dengan cara menapis terlebih dahulu cerita yang hendak ditayangkan agar tidak akan member impak kepada penonton terutama golongan muda supaya masalah pergaulan bebas ini akan dapat diatasi sedikit demi sedikit.

Konklusinya dapatlah dirumuskan bahawa masalah pergaulan bebas dalam kalangan remaja ini masih boleh diatasi.Walaupun masalah pergaulan bebas ini berpunca daripada pengaruh budaya barat,namun ianya masih boleh diatasi dengan syarat semua pihak bekerjasama bagi mencari langkah terbaik megatasinya.Golongan remaja ini sendiri juga harus seder akan keburukan gejala ini dan harus megelakkan diri dari terjerumus dengan budaya tidak sihat ini.Oleh itu semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dan bukannya menunding jari kepada orang lain.

Media Massa

205314
Sejak akhir-akhir ini gejala sosial semangkin menjadi-jadi dalam masyarakat kita pada hari ini ekoran pengaruh barat yang semangkin berleluasa dalam masyarakat kita terutamanya golongan remaja. Hal ini berlaku disebabkan oleh pengaruh media massa yang semangkin berkembang. Pada zaman yang penuh dengan kemajuan teknologi ini media massa merupakan aspek yang penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara kerana ia dapat memberikan sumber maklumat dan informasi terkini. Namun pengaruh media massa juga telah memberikan kesan yang negatif terhadap kelakuan dan pemikiran masyarakat terutamanya golongan remaja melalui kemasukan budaya barat yang semangkin menular ke negara kita.
Semua sedia maklum bahawa pengaruh media massa merupakan aspek yang penting terhadap kemasukan budaya barat seperti seks bebas, homoseksual, black mental, dan sebagainya. Media massa iaitu media cetak dan media elektronik amat memberi pengaruh yang besar terhadap pembentukan akhlak masyarakat terutamanya golongan remaja. Media elektronik dan media cetak seperti televisyen dan majalah-majalah telah memapakan atau menayangkan gambar-gambar dan filem-filem yang kurang senonoh dan tidak beretika seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, merokok, dan cara pemakaian atau fesyen yang tidak bersesuaian dengan budaya timur. Hal ini bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Perkara ini secara tidak langsung akan mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran remaja.
Selain itu, pengaruh media massa melalui penggunaan internet secara berleluasa juga merupakan faktor kemasukan pengaruh budaya barat. Media massa dan elektronik juga berjaya mempengaruhi daripada peringkat kanak-kanak sehingga peringkat usia tua. Penggunaan internet secara meluas dengan kadar bayaran yang rendah telah menggalakkan kemasukan budaya barat, apatah lagi pada hari ini segala maklumat berada di hujung jari sahaja dan ia boleh didapati dengan begitu cepat dan pantas. Keadaan ini secara tidak langsung telah memberi peluang kepada pengguna-pengguna untuk melayari laman web yang tidak bermoral daripada filem-filem barat dengan lebih mudah. Hal ini menyebabkan pengguna-pengguna terutamanya golongan remaja mudah terpengaruh dengan tingkah laku dan cara pemikiran barat.
Salah satu kesan yang timbul akibat pengaruh media massa terhadap kemasukan budaya barat ialah keruntuhan dan kerosakan jati diri golongan remaja. Hal ini berlaku kerana golongan remaja merupakan golongan yang paling mudah terpengaruh dengan sesuatu perkara. Kemasukan budaya barat akan memberikan impak yang negatif terhadap kelakuan dan pemikiran golongan remaja menyebabkan mereka terpesong jauh daripada budaya timur kerana ia bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Kerosakan jati diri golongan remaja ini akan memberi kesan yang buruk terhadap pembangunan negara kerana negara akan kehilangan pemimpin yang mempunyai keteguhan jati diri yang kuat pada masa hadapan.
Selain itu, kesan yang akan timbul akibat daripada pengaruh media massa terhadap kemasukan budaya barat ialah menyebabkan berlakunya pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Hal ini berlaku kerana mereka terpengaruh dengan media massa iaitu melalui pemaparan filem-filem yang tidak bermoral. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengundang berlakunya seks bebas dalam kalangan remaja. Perkara ini terbukti bahawa pengaruh media massa merupakan faktor kemasukan budaya barat.

Serangan pemikiran dan moral

197763
Pengaruh budaya Barat telah membawa kesan buruk kepada keruntuhan akhlak seseorang mahupun masyarakat pada masa kini. Generasi muda merupakan salah satu sasaran utamanya. Antara kesan yang amat membimbangkan ialah serangan budaya barat kepada pemikiran dan moral masyarakat. Semakin ramai golongan pemuda hari ini sentiasa mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat. Misalnya, memakai pakaian berjenama barat, media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda, makanan segera keluaran barat dan lain-lain lagi. Dalam era pasca modenisme, mereka tidak suka menjalani kehidupan yang tiada keseronokan, samada nilai, adat dan sejarah-sejarah dahulu, termasuklah agama. Kesan intelektualan Barat ini telah memaparkan sifat negatif dalam kalangan mereka apabila sesuatu perkara yang tetap dan stabil tidak digemari seperti institusi agama yang menimbulkan nilai dan cara bertindak yang tidak serasi dengan mereka.
Lantaran itu, media massa barat telah menyerang media massa tempatan secara sengaja dari segi intelektual dengan menyatakan bahawa nilai-nilai manusiawi, agama dan kebudayaan Timur merupakan faktor kemunduran sesebuah negara. Serangan dari media massa barat juga dibuat secara tidak langsung sehingga tidak disedari oleh masyarakat seperti dalam pelbagai filem, berita dan laporan. Terdapat sebahagian program-program dan drama-drama turut memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja. Tambahan pula, program–program realiti akan mempengaruhi pemikiran masyarakat secara negatif. Hiburan rancangan yang menarik tertentu juga berupaya mengubah dan membentuk corak gaya hidup seseorang, perhubungan dengan keluarga, rakan sekerja dan masyarakat sejagat. Jika masalah ini terus berlaku, maka generasi muda akan mudah terputus daripada akar budaya ketimuran dan agama mereka sendiri.
Dalam budaya barat, mereka menyalahgunakan media cetak dan elektronik dalam pengiklanan dengan menjadikan wanita sebagai simbol seks dengan mengiklankan mereka berpakaian pakaian yang kurang sopan. Contohnya, peniaga yang ingin menarik perhatian pengguna akan memaparkan wanita yang seksi dalam pengiklanan supaya mereka dapat mengaut keuntungan yang lebih tinggi. Hal ini secara tidak langsung telah menjadi unsur penting kepada terjadinya masalah sosial seperti gejala seks bebas. Kes-kes seks bebas berlaku disebabkan pengaruh budaya barat yang mempunyai pemikiran terbuka telah menjadi faktor penyebab kenapa remaja terdorong dalam melakukan hubungan seks tanpa memikirkan risikonya. Kejadian ini akan mewujudkan fenomena peningkatan kes seks bebas dan secara langsung membawa kesan kepada masalah kes pembuangan bayi berlaku. Gejala pembuangan bayi adalah bukti yang nyata bahawa masyarakat kita sedang mengalami masalah keruntuhan moral yang amat serius.
Sehubungan dengan itu, pengaruh Barat seperti sekularisme telah memberi impak negatif kepada masyarakat secara umumnya. Menurut Prof. Syed Muhamad Naquib al-Attas di dalam bukunya Islam and Secularism telah memberikan definisi sekularisme sebagai suatu fahaman yang bersifat anti-agama dan anti-Tuhan. Dalam peradaban Barat moden, mereka akan memberikan penghormatan yang tinggi kepada kebendaan dan mengenepikan Tuhan. Ini bermakna peradaban Barat moden lebih mementingkan unsur individualistik dalam gaya hidup seperti materialistik iaitu lebih memberikan tumpuan kepada usaha untuk menikmati kebendaan semata-matanya. Namun, akhlak adalah sangat penting dalam kehidupan seharian seseorang individu. Jika seseorang individu memiliki akhlak yang baik akan dipandang mulia, manakala seseorang yang tidak memiliki akhlak yang baik akan dipandang rendah oleh orang lain. Maka, asas punca kejadian seperti pembuangan bayi, budaya homoseksual, perjudian dan sebagainya adalah disebabkan oleh kekurangan pegangan agama pada diri seseorang.

Rokok dan dadah

196267
Walaupun pengaruh rokok dan dadah ini tidak boleh dikatakan seratus peratus datang daripada negara barat, tetapi apa yang ingin ketengahkan ialah mengenai pengaruh gaya dan stail barat terhadap rokok itu sehingga menjadi kegilaan belia remaja.
Pengaruh ini merupakan faktor utama yang sedang melanda masyarakat dunia. Menurut Dr. Forest Tenant, seorang pakar yang membuat kajian tentang dadah, penyalahgunaan dadah, rawatan dadah, dan pencegahan dadah. Beliau dengan tegas menyatakan bahawa bila kita dapat selesaikan masalah merokok, kita akan dapat menyelesaikan banyak masalah berkaitan dadah. Menurut beliau, 95 peratus daripada penagih heroin dan kokain bermula dengan rokok sebagai ‘dadah pertama’ . Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa pengaruh rokok menimbulkan impak yang besar dalam kehidupan.
Apatah lagi kita lihat iklan-iklan rokok dari barat yang berada di alam fantasi bagi mempengaruhi remaja belia. Misalnya, ditunjukkan lelaki pakai tali leher dan sut turun dari kereta mewah masuk ke hotel dan ada perempuan cantik menunggunya. Dia kemudian menghisap rokok jenama yang diiklankan itu. Menurut Ungku Aziz, remaja yang melihat iklan ini tadi cuma tinggal hisap rokok sahaja. Dia tidak dapat apa-apa, tidak ada kereta mewah, tidak ada perempuan cantik dan tidak ada tali leher. Ini satu tragedi. Kita umpan remaja yang mencari model dengan gambaran imej seperti itu. Imej itu bukan realiti, dan ia mengelirukan remaja yang masih mencari-cari identiti.Mereka tidak dapat menangkap makna identiti dan jati diri. Jati dirinya lemah kerana ia dibentuk daripada imej-imej yang bukan realiti.
Sebenarnya banyak lagi pengaruh budaya barat yang telah menjadi sebati dalam hidup kita yang boleh diketengahkan seperti meletakkan sunting di pusat, telinga (lelaki), kening, hidung dan lain-lain. Cukuplah dengan sedikit pembentangan yang dipaparkan untuk dijadikan panduan hidup kita. Mudah-mudahan tidak ada salah tanggap terhadap pembentangan ini yang seolah-olah kita menuju kepada ke alam konservatif atau ortodoks. Biar kita maju mengikut acuan kita, dan bukannya disadur dan dicedok bulat-bulat daripada barat.

Judi dan arak

205540
Dalam kitab Bible thecatat sesiapa yang mengejar kekayaan dengan cara yang jahat, menyangkakan dia tidak akan dirundung kemiskinan. Di dalam Kitab Tirukal kitab suci agama Hindu ayat 931 menyebut: Jangan berjudi, kerana jika pun kamu menang, kemenangan itu laksana mata kail yang menyangkuk ikan yang menelannya. Di dalam buku Buddhism in Practice, Dr Peter Santina menulis: Dalam hal ini Buddha menasihatkan manusia menjauhkan diri dari enam aktiviti yang boleh mengakibatkan hilangnya kesejahteraan yang diperolehi melalui tanggungjawab sosial seseorang dan pengurusan kewangan yang baik. Enam aktiviti yang perlu dijauhkan adalah perjudian, hiburan yang mahal-mahal, bercampur dengan mereka yang tidak baik, malah, minum arak dan berpelisiran di jalan-jalan. Ini bermakna setiap agama selain islam tidak mengizinkan arak dan judi.
Dalam isu ini juga Perdana Menteri sendiri menegaskan bahawa pemimpin tidak seharus melibatkan diri dalam perkara-perkara yang bercanggah dengan agama. Pemimpin seharus menjadi teladan kepada orang yang dipimpin. Sebagai sebuah negara Islam kita tidak sepatutnya membina pusat perjudian yang terbesar di Asia Tenggara bagi menarik pelancong. Ini kerana judi ini bukan budaya semua agama di dunia ini. Ia adalah pengaruh budaya barat yang ingin menghancurkan sesuatu bangsa secara tidak disedari. Judi termasuk juga tikam nombor ekor dan sekutu dengannya.
Budaya barat seperti “clubbing” merupakan satu buday yang menjadikan judi dan arak menjadi semakin popular di kalangan remaja ini. Mereka merasakan judi dan arak adalah sesuatu kegiatan yang dapat medatangkan keseronokan dan kekayaan secara cepat. Namun semua ini dalah dilarang oleh ajaran agama.