rss
email
twitter
facebook

Makanan dan minuman barat

196645
Salah satu aspek yang dipengaruhi oleh budaya barat bagi masyarakat di negara kita ialah makanan dan minuman. Pengaruh makanan dan minuman barat semakin berleluasa di masyarakat kita sehingga ia menjadikan masyarakat seolah-olah lupa akan makanan dan minuman yang menjadi identiti keperibadian bangsa. Pengaruh makanan dan minuman barat telah menguasai minda masyarakat kita. Walaupun makanan dan minuman barat tidak bercanggah dengan agama, tetapi secara tidak langsung ia telah berjaya mengikis jatidiri belia remaja. Contohnya isu makanan, walaupun ia merupakan isu kecil, tetapi dominasi makanan segera telah menenggelamkan makanan tradisi masyarakat hari kini. Belia remaja kita lebih mengenal makanan dan minuman keluaran barat daripada masakan tradisi yang turun-temurun masyarakat dahulu. Kami boleh terdapat pelbagai jenama makanan di mana-mana bandar di Negara kita seperti Mc Donald, KFC, Pizza Hurt dan lain-lain manakala minuman seperti Pepsi, Coca-Cola, Seven-Up dan lain-lain. Belia remaja merasakan pengambilan makanan dan minuman segera merupakan satu lambang cara hidup yang moden. Sebenarnya ia akan menyebabkan masakan tradisi semakin pupus dan belia remaja kehilangan identiti keperibadian bangsa.
Belia remaja hari ini lebih mengenal makanan dan minuman keluaran barat kerana globalisasi telah membawa masuk budaya barat ke masyarakat Malaysia. Belia remaja boleh mendapati makanan dan minuman keluaran barat di restoran-restoran francais. Selain itu, kami boleh dapat iklan-iklan makanan dan minuman keluaran barat di mana-mana seperti televisyen, panggung wayang, tajaan pertandingan dan sebagainya. Sebagai contohnya, peniaga panggung wayang untuk menyedapkan penontonan, air coca-cola dan popcorn dijual di luar panggung. Sebelum bermulanya cerita, iklan Carlsberg dan Tiger Beer ditayangkan berkali-kali bersama mesej pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Iklan-iklan ini membawa semacam suatu perasaan kepada generasi muda bahwa sekiranya ingin maju dan berjaya, kita harus menjamah makanan dan minuman barat. Pelik dan mengejutkan namun ia adalah kenyataan. Jika dilihatkan bekas-bekas siswa yang pulang dari Amerika atau Eropah, semuanya membuka gerai burger, sekiranya tidak mendapat pekerjaan atau menganggur. Daripada membuka gerai pisang goreng atau gerai roti canai, kebanyakannya membuka gerai burger atau makanan western dan mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan masyarakat.
Pemasaran dan penyerapan budaya barat adalah secara senyap tetapi membunuh. Budaya barat berkembang dengan kadar yang perlahan sehingga untuk menerima perubahan memakan masa bertahun-tahun. Akhirnya tanpa disedari ia sudah mempengaruhi cara berfikir dan bertindak generasi muda. Oleh itu, diselesaikan dengan pelbagai langkah yang praktikal seperti menganalisa dan memperbaiki kelemahan identiti terdahulu dan memberi suatu pegangan identiti baru bagi masyarakat Malaysia.

0 comments:

Post a Comment