rss
email
twitter
facebook

Masalah pergaulan bebas

205400
Sejak akhir-akhir ini masalah pergaulan bebas dalam kalangan remaja semakin merunsingkan.Hal ini demikian kerana kebanyakkan remaja masa kini dipengaruhi oleh budaya barat yang semakin menular di Negara kita .Situasi seperti ini terjadi disebabkan beberapa faktor serta mengakibatkan pelbagai impak negatif kepada generasi muda.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab masalah pergaulan bebas dalam kalangan anak muda di Negara kita.Salah satunya ialah terpengaruh daripada cerita Hollywood yang tidak sesuai ditonton oleh remaja bawah umur 18 tahun.Kebanyakkan cerita yang ditayangkan ini mamaparkan aksi-aksi yang kurang sopan antara lelaki dan perempuan ,seperti melakukan hubungan intim tanpa ikatan yang sah atau lebih tepat lagi dengan istilah melakukan maksiat.Keadaan seperti inilah yang menyebabkan remaja yang menonton tayangan ini akan terpengaruh dan ingin mencubanya dengan rakan yang berlainan jantina.
Selain itu,masalah pergaulan bebas ini sering menular kerana adanya pengaruh daripada anak-anak muda yang pernah menuntut di perantauan,mereka membawa pulang budaya barat dan mempraktikkannya apabila pulang ke tanah air.Mereka bergaul bebas tanpa mengira jantina,menyebabkan generasi muda yang melihatnya terpengaruh serta memberi impak negatif seperti menjerumuskan anak muda ini ke arah penzinaan dan seks bebas.Keadaan seperti inilah yang boleh menyebabkan berlaku kes pembuangan bayi serta masalah keruntuhan akhlak generasi muda hari ini.

Oleh itu ,pihak berkenaan haruslah memainkan peranan masing-masing,sebagai contoh ibu bapa haruslah sentiasa mengawasi anak-anak serta tidak mengongkong mereka agar anak-anak tidak mmberontak.Ibu bapaharuslah bersahabat dengan anak-anak serta menjadi pendengar yang setia kepada anak agar mereka tidak terasa disisihkan.Melalui kaedah ini juga ibu bapa akan dapat mendalami hati anak-anak dan mengetahui setiap masalah mereka seterusnya mampu mengelakkan anak-anak terjebak dengan masalah pergaulan bebas.
Pihak kerajaan dan media massa juga harus sedar akan peranan mereka dalam mengatasi masalah ini.Pihak berkenaan haruslah peka dengan penayangan setiap drama atau filem dengan cara menapis terlebih dahulu cerita yang hendak ditayangkan agar tidak akan member impak kepada penonton terutama golongan muda supaya masalah pergaulan bebas ini akan dapat diatasi sedikit demi sedikit.

Konklusinya dapatlah dirumuskan bahawa masalah pergaulan bebas dalam kalangan remaja ini masih boleh diatasi.Walaupun masalah pergaulan bebas ini berpunca daripada pengaruh budaya barat,namun ianya masih boleh diatasi dengan syarat semua pihak bekerjasama bagi mencari langkah terbaik megatasinya.Golongan remaja ini sendiri juga harus seder akan keburukan gejala ini dan harus megelakkan diri dari terjerumus dengan budaya tidak sihat ini.Oleh itu semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dan bukannya menunding jari kepada orang lain.

0 comments:

Post a Comment