rss
email
twitter
facebook

Media Massa

205314
Sejak akhir-akhir ini gejala sosial semangkin menjadi-jadi dalam masyarakat kita pada hari ini ekoran pengaruh barat yang semangkin berleluasa dalam masyarakat kita terutamanya golongan remaja. Hal ini berlaku disebabkan oleh pengaruh media massa yang semangkin berkembang. Pada zaman yang penuh dengan kemajuan teknologi ini media massa merupakan aspek yang penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara kerana ia dapat memberikan sumber maklumat dan informasi terkini. Namun pengaruh media massa juga telah memberikan kesan yang negatif terhadap kelakuan dan pemikiran masyarakat terutamanya golongan remaja melalui kemasukan budaya barat yang semangkin menular ke negara kita.
Semua sedia maklum bahawa pengaruh media massa merupakan aspek yang penting terhadap kemasukan budaya barat seperti seks bebas, homoseksual, black mental, dan sebagainya. Media massa iaitu media cetak dan media elektronik amat memberi pengaruh yang besar terhadap pembentukan akhlak masyarakat terutamanya golongan remaja. Media elektronik dan media cetak seperti televisyen dan majalah-majalah telah memapakan atau menayangkan gambar-gambar dan filem-filem yang kurang senonoh dan tidak beretika seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, merokok, dan cara pemakaian atau fesyen yang tidak bersesuaian dengan budaya timur. Hal ini bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Perkara ini secara tidak langsung akan mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran remaja.
Selain itu, pengaruh media massa melalui penggunaan internet secara berleluasa juga merupakan faktor kemasukan pengaruh budaya barat. Media massa dan elektronik juga berjaya mempengaruhi daripada peringkat kanak-kanak sehingga peringkat usia tua. Penggunaan internet secara meluas dengan kadar bayaran yang rendah telah menggalakkan kemasukan budaya barat, apatah lagi pada hari ini segala maklumat berada di hujung jari sahaja dan ia boleh didapati dengan begitu cepat dan pantas. Keadaan ini secara tidak langsung telah memberi peluang kepada pengguna-pengguna untuk melayari laman web yang tidak bermoral daripada filem-filem barat dengan lebih mudah. Hal ini menyebabkan pengguna-pengguna terutamanya golongan remaja mudah terpengaruh dengan tingkah laku dan cara pemikiran barat.
Salah satu kesan yang timbul akibat pengaruh media massa terhadap kemasukan budaya barat ialah keruntuhan dan kerosakan jati diri golongan remaja. Hal ini berlaku kerana golongan remaja merupakan golongan yang paling mudah terpengaruh dengan sesuatu perkara. Kemasukan budaya barat akan memberikan impak yang negatif terhadap kelakuan dan pemikiran golongan remaja menyebabkan mereka terpesong jauh daripada budaya timur kerana ia bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Kerosakan jati diri golongan remaja ini akan memberi kesan yang buruk terhadap pembangunan negara kerana negara akan kehilangan pemimpin yang mempunyai keteguhan jati diri yang kuat pada masa hadapan.
Selain itu, kesan yang akan timbul akibat daripada pengaruh media massa terhadap kemasukan budaya barat ialah menyebabkan berlakunya pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Hal ini berlaku kerana mereka terpengaruh dengan media massa iaitu melalui pemaparan filem-filem yang tidak bermoral. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengundang berlakunya seks bebas dalam kalangan remaja. Perkara ini terbukti bahawa pengaruh media massa merupakan faktor kemasukan budaya barat.

2 comments:

bla said...

i wish that u can remove the penguin widget

Unknown said...

bruh

Post a Comment