rss
email
twitter
facebook

Serangan pemikiran dan moral

197763
Pengaruh budaya Barat telah membawa kesan buruk kepada keruntuhan akhlak seseorang mahupun masyarakat pada masa kini. Generasi muda merupakan salah satu sasaran utamanya. Antara kesan yang amat membimbangkan ialah serangan budaya barat kepada pemikiran dan moral masyarakat. Semakin ramai golongan pemuda hari ini sentiasa mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat. Misalnya, memakai pakaian berjenama barat, media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda, makanan segera keluaran barat dan lain-lain lagi. Dalam era pasca modenisme, mereka tidak suka menjalani kehidupan yang tiada keseronokan, samada nilai, adat dan sejarah-sejarah dahulu, termasuklah agama. Kesan intelektualan Barat ini telah memaparkan sifat negatif dalam kalangan mereka apabila sesuatu perkara yang tetap dan stabil tidak digemari seperti institusi agama yang menimbulkan nilai dan cara bertindak yang tidak serasi dengan mereka.
Lantaran itu, media massa barat telah menyerang media massa tempatan secara sengaja dari segi intelektual dengan menyatakan bahawa nilai-nilai manusiawi, agama dan kebudayaan Timur merupakan faktor kemunduran sesebuah negara. Serangan dari media massa barat juga dibuat secara tidak langsung sehingga tidak disedari oleh masyarakat seperti dalam pelbagai filem, berita dan laporan. Terdapat sebahagian program-program dan drama-drama turut memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja. Tambahan pula, program–program realiti akan mempengaruhi pemikiran masyarakat secara negatif. Hiburan rancangan yang menarik tertentu juga berupaya mengubah dan membentuk corak gaya hidup seseorang, perhubungan dengan keluarga, rakan sekerja dan masyarakat sejagat. Jika masalah ini terus berlaku, maka generasi muda akan mudah terputus daripada akar budaya ketimuran dan agama mereka sendiri.
Dalam budaya barat, mereka menyalahgunakan media cetak dan elektronik dalam pengiklanan dengan menjadikan wanita sebagai simbol seks dengan mengiklankan mereka berpakaian pakaian yang kurang sopan. Contohnya, peniaga yang ingin menarik perhatian pengguna akan memaparkan wanita yang seksi dalam pengiklanan supaya mereka dapat mengaut keuntungan yang lebih tinggi. Hal ini secara tidak langsung telah menjadi unsur penting kepada terjadinya masalah sosial seperti gejala seks bebas. Kes-kes seks bebas berlaku disebabkan pengaruh budaya barat yang mempunyai pemikiran terbuka telah menjadi faktor penyebab kenapa remaja terdorong dalam melakukan hubungan seks tanpa memikirkan risikonya. Kejadian ini akan mewujudkan fenomena peningkatan kes seks bebas dan secara langsung membawa kesan kepada masalah kes pembuangan bayi berlaku. Gejala pembuangan bayi adalah bukti yang nyata bahawa masyarakat kita sedang mengalami masalah keruntuhan moral yang amat serius.
Sehubungan dengan itu, pengaruh Barat seperti sekularisme telah memberi impak negatif kepada masyarakat secara umumnya. Menurut Prof. Syed Muhamad Naquib al-Attas di dalam bukunya Islam and Secularism telah memberikan definisi sekularisme sebagai suatu fahaman yang bersifat anti-agama dan anti-Tuhan. Dalam peradaban Barat moden, mereka akan memberikan penghormatan yang tinggi kepada kebendaan dan mengenepikan Tuhan. Ini bermakna peradaban Barat moden lebih mementingkan unsur individualistik dalam gaya hidup seperti materialistik iaitu lebih memberikan tumpuan kepada usaha untuk menikmati kebendaan semata-matanya. Namun, akhlak adalah sangat penting dalam kehidupan seharian seseorang individu. Jika seseorang individu memiliki akhlak yang baik akan dipandang mulia, manakala seseorang yang tidak memiliki akhlak yang baik akan dipandang rendah oleh orang lain. Maka, asas punca kejadian seperti pembuangan bayi, budaya homoseksual, perjudian dan sebagainya adalah disebabkan oleh kekurangan pegangan agama pada diri seseorang.

0 comments:

Post a Comment